Bukan sahaja lantang bersuara mengenai kepimpinan negara pada ketika rakyat mengalami kesusahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, penyanyi dan pelakon Naim Daniel mengorak langkah setapak lagi apabila dia tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Menerusi InstaStory Naim, penyanyi itu khabarnya telah membuka bank makanan ataupun ‘food bank’ yang bertemat di stesen minyak Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor.
View this post on Instagram
Jelas Danie, dia terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pemilik stesen minyak berkenaan sebelum membuka bank makanan tersebut.
“Hari ini ada misi beli barang dapur target dalam 10 beg. Petronas Taman Pelangi Semenyih bagi kebenaran buka bank makanan di situ. Jadi saya pergi beli barang untuk diletakkan di situ nanti..”
Ujar penyanyi lagu Sumpah ini lagi, dia turut mendapat idea untuk memberi bantuan seperti sabun dan juga tuala wanita selain daripada barang-barang makanan.
View this post on Instagram
Dia juga turut menguar-uarkan mengenai pembukaan bank makanan itu kepada penduduk sekitar yang terjejas sepanjang PKP kali ini.
“Tak kira apa bangsa dan agama, sila datang ambil. Jangan malu dan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup semua..” tulisnya lagi.