Pelakon, Nad Zainal dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Tidak ketinggalan, bekas suami kepada pelakon itu iaitu Faliq Amiruddin turut meluahkan rasa bimbang dan memohon doa daripada orang ramai.
Kita minta doakan yang baik-baik untuk Nad Zainal.”
Bagaimanapun, Faliq meminta diberikan ruang buat dirinya dan keluarga untuk berhadapan dengan ujian ini dengan cekal.
Maaf, saya sedang serabut dengan banyak perkara sekarang.”
Dalam pada itu, bekas suaminya turut memaklumkan dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom kini berada bawah jagaannya.
Anak-anak semua ada dengan saya sekarang ini. Maaf saya tak boleh beri komen panjang.”
Difahakam sebelum ini, Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu dan mendedahkan mengalami batuk berkahak akibat pasca Covid-19 sehingga menyukarkannya untuk bekerja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.