Seorang peserta wanita yang kini sedang menyertai sebuah program realiti TV nyanyian didakwa enggan melunaskan hutang kepada pembekal vendor kiosk makanannya sejak awal tahun ini.
Pembekal berkenaan, Yus memaklumkan penyanyi itu berhutang sebanyak RM3,600.
Kami mula bekerjasama sejak dia menjalankan perniagaan di Putrajaya. Saya sebagai pembekal makanan dia sehinggalakan dia membuka kiosk di Masjid Jamek, Pasar Seni dan KL Sentral.
Awalnya dia ada buat pembayaran tapi mula culas sehingga saya sukar nak teruskan perniagaan kerana saya bukan peniaga besar.
Malah, penyanyi itu juga didakwa memberikan transaksi palsu sebanyak RM4,000 kepada Yus.
Sebelum dia masuk program itu memang saya follow up sampaikan dia beri saya transaksi resit palsu bernilai RM4,000.
Selepas itu dia ada buat pembayaran sebanyak RM400 sebab dia kata wajib bayar hutang. Tapi ini bukan hutang tetapi dia selewengkan duit saya, tipu saya.
Menurut Yus lagi, dia juga telah disekat di media sosial oleh penyanyi itu.
Saya cuma mahu dia bayar duit saya saja, bukan niat saya nak viralkan dia tapi dia sendiri juga tidak kisah sekiranya diviralkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.