Boleh dikatakan biarpun kerajaan memberi tempoh hingga Disember 2025 untuk menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100, orang ramai sudah berpusu-pusu mahu menebusnya di pasar raya sejak hari pertama pada 31 Ogos lalu.
Ali Mydin minta beri ‘laluan’ pada golongan B40
Disebabkan perkara tersebut berlaku, berlakunya sistem sesak dan menyukarkan golongan B40 membuat pembelian menggunakan duit bantuan itu.
Sebagai Penasihat Persatuan Peruncitan Bumiputera (BRO) merangkap Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, beliau menasihatkan penerima tidak panik kerana tempoh penembusan masih panjang.
Kita ada masa empat bulan untuk tebus. Jadi, beri peluang kepada golongan B40 yang benar-benar memerlukan untuk membeli barang keperluan dahulu.
Terlalu ramai guna dalam tempoh yang sama
Dalam pada itu, Ali Mydin turut menegaskan bahawa masalah mula berlaku susulan pengguna terlalu ramai hinggakan sistem sukar untuk mengendali lebih 22 juta penerima dalam pada masa yang sama.
Selain itu, beliau juga memberi cadangan selain penambahbaikan sistem, penerima juga boleh memainkan peranan penting dengan memilih masa luar waktu puncak iaitu awal pagi atau malam.