Taman Tema Air, Sunway Lagoon membuktikan mereka bukan hanya sekadar tempat untuk warga tempatan bersuka ria.
Malah, pihak Sunway Lagoon turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir terutama di Lembah Klang.
Justeru itu, kakitangan taman tema itu digerakkan secara aktif bagi menyalurkan bantuan ke salah satu lokasi yang terjejas teruk akibat banjir iaitu di Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor.
Stay safe guys! We’re here for you ?? pic.twitter.com/rQMeNajcmg
— Sunway Lagoon (@SunwayLagoonMY) December 19, 2021
Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho berkata, pihaknya menyediakan bantuan rawatan dan pertolongan cemas kepada penduduk yang terjejas termasuk sukarelawan.
Kita juga sediakan sejumlah pelampung, payung, tuala serta baju untuk kegunaan mereka sepanjang menjalankan operasi.
Tambahnya lagi, pihak mereka turut menyediakan perahu untuk memudahkan pergerakan sukarelawan dan memastikan operasi berjalan lancar
Bukan itu sahaja, Calvin turut memaklumkan pihak Sunway Lagoon juga menyalurkan makanan bubur dan minuman air mineral kepada orang ramai di lokasi berkenaan.
Apa saja yang boleh bantu, kita sedaya-upaya cuba bantu. Pada situasi getir ini, kita bantu semua terutama mangsa tanpa mengira bangsa dan agama.
Calvin berharap menerusi kerjasama dan bantuan Sunway Lagoon, secara tidak langsung dapat memberi sokongan moral bukan sahaja kepada penduduk terjejas akibat banjir, malah menaikkan semangat pasukan sukarelawan dan penyelamat yang betugas.
Baca: Permaisuri Agong Turun Padang Cemar Duli Memasak Untuk Mangsa Terjejas