Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beri Pandangan Terhadap Filem Mael Totey The Movie, Ellie Suriaty Akui Kesal Dikecam Netizen

Mengakui dirinya hanya memberi pandangan terhadap filem Mael Totey The Movie, dan bukanlah bertindak untuk mengutuk filem berkenaan, pengarah Ellie Suriaty akui kesah dengan kecaman daripada netizen yang diterimanya susulan tindakan tersebut.

Advertisement

“Saya mengucapkan memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie dari segi kutipan mencecah RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan menerusi Astro First. Saya akui, filem ini memiliki formula hingga berjaya, selain mempunyai kelompok pengikut.

Dalam pada itu, beliau seakan mempersoalkan di manakah silapnya sehingga teruk diperlakukan sedemikian rupa. Malah, seakan tidak teragak-agak untuk menyaman individu terbabit.

“Bahagian mana yang saya kecam, kutuk dan kritik pengarah Mael Totey The Movie? Kenapa maki hamun, mencarut, sumpah seranah bagai langit nak runtuh kerana pendapat saya berkenaan filem ini? Nak kena saman baru puas hati ke?”

Tegas Ellie lagi, tidak adil dirinya dikecam seperti sampah hanya kerana apa yang disampaikan olehnya itu seperti tidak selaras dengan peminat tegar filem berkenaan.

Advertisement

“Pendapat mereka adalah pendapat peminat tegar filem Mael Totey The Movie, manakala pendapat saya pula dari sudut pemain industri kreatif yang berkecimpung secara profesional lebih 20 tahun dalam tiga medium iaitu teater, televisyen dan filem. Pendapat peminat tegar dan pandangan pemain industri tidak boleh dibuat perbandingan. Saya adalah sosok pemain industri, bukan pengkritik. Saya juga penilai karya kreatif industri filem Malaysia.

Menurut laporan BH Online, Ellie tampil menegaskan bahawa dirinya sudah lama berkecimpung dalam dunia perfileman dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengadili sesebuah karya.

“Pengalaman sebagai juri Anugerah Skrin TV3 (ASK) kategori filem selama beberapa tahun dan juri Festival Filem Malaysia (FFM) melayakkan saya memberi pendapat mengenai perfileman Malaysia. Saya juga penilai luar bagi peperiksaan tahun akhir pelajar Fakulti Seni Persembahan Universiti Malaya. Selebihnya tak perlulah saya beritahu.”

Dedah Ellie lagi, tidak kira berapa besar kos penghasilan filem dihasilkan, aspek teknikal adalah perkara penting yang wajar dititik beratkan dalam sesebuah karya.

“Bagi sesebuah karya, perkara paling penting adalah sudut teknikal pembikinan filem cereka. Dalam erti kata lain, teknikal adalah indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pembikinan. Andai proses pembikinan dari sudut teknikal tidak dilaksanakan dengan baik, kualiti filem pasti terjejas nilai paparan audio visual filem. Kerja teknikal penting untuk setiap genre pembikinan filem dalam dunia ini. Tidak kiralah penghasilan filem berskala besar, rendah atau Hollywood sekalipun.”

Untuk rekod, Ellie menegaskan dalam hujahnya bahawa, andai wujud seseorang individu yang mahu dirinya bergelar pengarah, insan tersebut wajar mendalami ilmu pembikinan filem terlebih dahulu.

Sumber: BH Online 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top