Pempengaruh terkenal, DMA Islam sekali lagi mencuri perhatian orang ramai selepas dia mengeluarkan kenyataan mengenai seseorang individu yang bertubuh besar.
Dalam satu video yang tular di TikTok, DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza berpendapat orang yang berbadan gempal tidak akan dihormati sama ada lelaki mahupun wanita.
Orang yang gemuk ni, pertama sekali kau tak lawa dan kalau lelaki, kau tak handsome.
Kemudian, kau tak dihormati.
Walau bagaimanapun, persepsi masyarakat terhadap seseorang yang memiliki tubuh badan besar akan berubah sekiranya individu tersebut cergas dan mencapai bentuk tubuh yang lebih sihat.
Kalau awak gemuk dan awak fit, orang akan layan awak berbeza. Lelaki sama lelaki, dia akan layan orang gemuk berbeza berbanding dengan orang fit. Orang pandang kita ni hina kalau tak fit, orang tak hormat bila kita gemuk.
Tapi bila kita ubah daripada gemuk jadi fit, awak akan mula perasan orang layan awak lain.
Menurutnya, memiliki tubuh yang sasa dan cergas bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi ia memerlukan disiplin, komitmen dan usaha yang berterusan dan itu antara sebab mengapa individu yang menjaga kesihatan fizikal sering dipandang tinggi dan dihormati.
@masscombanaMasyarakat selalu kata “Gemok is awsome” Betul ke? Apa kata korang? Komen kat sebelah♬ original sound – Mass Communication Bana
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh DMA Islam dan ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri sebagai seorang individu yang bertubuh besar.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.