Pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel tampil mendedahkan nama dan wajah anak ke-4 mereka yang dilahirkan lebih seminggu yang lalu.
Meninjau ruangan Instagram Wawa dan Aeril, pelakon dan usahawan itu ada memuat naik beberapa keping foto comel anak bongsu mereka itu.
Memilih nama Jibril Ibtisam, pasangan ini meraih pujian kerana memilih nama yang unik selain wajah si kecil yang begitu comel dan mulus.
Peminat dan juga rakan artis dilihat meninggalkan komen mendoakan agar Jibril Ibtisam menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada ibu bapanya kelak.
Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin,30, telah selamat melahirkan Jibril seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 turut memiliki tiga orang yang lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.