Beberapa jalan di sekitar Gombak akan ditutup sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini sehingga awal pagi 29 Januari.
Penutupan jalan itu mendapat kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN) unutk memberi laluan membawa Arca Dewa Murugan bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H. S Lee ke kuil Seri Subramaniam, Batu Caves esok.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, jalan akan dibuka semula pada jam 6 pagi, 29 Januari. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak hadir kerana upacara sembahyang tidak dibenarkan, dan semua pihak yang terlibat juga haruslah mematuhi SOP yang telah dilaksanakan.
Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.