Pempengaruh terkenal, Imran Bard berkongsi kenangan ketika bercuti di Thailand baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik di Instagramnya itu menerima kritikan daripada netizen selepas berkongsi pengalamannya menyusukan beberapa ekor anak khinzir yang berada di dalam kandang.
Demi mengejar followers, banyak-banyak binatang kenapa binatang tu yang dia pilih?
Meskipun dihentam oleh netizen, Imran dengan tenang membidas komen-komen mereka dengan menyifatkan pengalaman menyusukan anak khinzir itu sebagai sesuatu yang indah.
Saya tak buka ruang fitnah pun. Kalau saya tak post, babi masih ada di mana-mana. Saya post sebab ini first time saya dapat suapkan babi susu. So ni pengalaman yang indah buat saya, mungkin bukan untuk orang lain.
Dalam pada itu, terdapat juga sebahagian netizen yang mempertahankan tindakannya dengan mengatakan tidak salah untuk memberi haiwan seperti khinzir makan dan minum.
Malu la kat orang luar tengok orang Islam Malaysia kolot gila. Islam tak ajar pun untuk tak berbuat baik pada binatang. Dia tak pegang pun. Babi tu pun duduk dalam kandang je.