Penularan wabak COVID-19 memberi perubahan yang besar kepada tadbir urus di sesebuah negara. Terutama sekali dalam menangani penularan wabak tersebut. Pelbagai inisiatif telah dilakukan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di negara kita, penjarakan sosial dan perintah ‘lockdown’.
Bagi menjayakan sesuatu pelaksanaan tersebut, pihak polis dan anggota tentera telah melakukan pelbagai cara sama ada kasar atau lembut, supaya rakyat mengikut arahan yang diberikan.
Di India dikhabarkan bahawa terdapat beberapa anggota polis di Gurajat telah berpakaian seragam yang kelihatan seperti ‘coronavirus’ semasa menjalankan aktiviti pelaksanaan penjarakan sosial di sana.
Anggota polis berkenaan turut mengenakan helmet berwarna merah yang kelihatan persis virus itu ketika melakukan tugas di tempat awam.
Tindakan tersebut dikatakan demi menarik perhatian rakyat untuk tinggal di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial
Kami telah melakukan ini untuk memberi kesedaran dalam kalangan orang ramai. Kami cuba untuk pergi sebanyak mungkin tempat untuk membuat orang ramai sedar keadaan ini.
Gujarat: Police personnel in Mahuva taluka of Surat district dressed up as ‘#Coronavirus‘ while appealing to people to stay at home and practice social distancing. 122 positive cases and 11 deaths due to the COVID-19 have been reported so far in the state. (05.04.2020) pic.twitter.com/3tQXUPX3dD
— ANI (@ANI) April 6, 2020
Bukan sahaja di Gurajat, malah pegawai polis di negeri-negeri sekitar India kini turut melakukan aktiviti kesedaran tentang bahayanya virus tersebut.
‘Corona Sweet’
Menurut sumber, sebuah kedai manisan di sana yang dikenali sebagai “Hindustan Sweets in Jadavpur” turut serta membantu pihak polis dalam memberi kesedaran kepada orang awam, dengan membuat ‘Sandesh’ dalam bentuk coronavirus.
Crazy people
Some name their new born babies as corona and covid…. some make corona sweets ?? pic.twitter.com/HWz4WX16Lh— Bhattacharya P ? (@preetibhatta1) April 6, 2020
Turut dilaporkan bahawa, negeri tersebut semalam telah mencatatkan sebanyak 144 kes positif manakala seramai 12 orang telah meninggal dunia.
Apa pendapat anda?