Kehadiran Ameera Khan ke acara perlawanan tinju Superstar Knockout Vol. 3 di Jakarta, Indonesia sudah dijangka ramai kerana sudah tentu pempengaruh itu mahu memberikan sokongan buat kekasih hatinya.
Malah, Ameera turut membawa ‘skuad’ iaitu beberapa ahli keluarga termasuklah Noor Nabila dan anaknya, Jebat Jayden serta aktor Sharnaaz Ahmad.
Ameera menjadi perhatian lensa kamera dan para media tempatan Indonesia yang pastinya mengambil peluang untuk temu ramah adik kepada Neelofa itu.
Menerusi salah satu temu bual bersama Superstar Knockout, Ameera diberi peluang untuk memberikan kata-kata semangat buat teman lelaki tercinta, Jefri Nichol yang menentang El Rumi pada perlawanan itu.
Bagaimanapun, sesetengah netizen Indonesi mempersoal jika Ameera tidak boleh berbahasa Melayu kerana lebih kerap dilihat bertutur fasih dalam bahasa Inggeris.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, beberapa individu dilihat menjawab persoalan tersebut dan berkata Ameera lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris dan dialek Kelantan.
Seorang individu pula terangkan dia pernah mendengar Ameera bercakap bahasa Melayu dengan pembantu rumah.
Dia gakbisa bahasa Melayu kah?
Sekadar info, pertarungan di antara Jefri dan El Rumi bertahan selama 38 saat pada pusingan pertama selepas pengadil terpaksa menghentikan pertarungan lebih awal.
Difahamkan, kekalahan itu berpunca daripada kecederaan bahu dialami Jefri dan pengadil menghentikan pertarungan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.