Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beri Jambangan Bunga Berbentuk Wang Bernilai RM1,500, Ruhainies Buat Kejutan Untuk Ibu Kesayangan

Pelakon Ruhainies sekali lagi menarik perhatian peminat serta pengikut media sosialnya kerana tampil memberi kejutan buat ibu tersayang iaitu jambangan bunga berasaskan wang kertas yang bernilai RM1,500 sempena ulang tahun kelahiran ibu tersayang.

RuhainiesSumber : Instagram Ruhainies  

Ruhainies dilihat telah menghadiahkan jambangan bunga kepada Che Bunga Salleh itu menerusi laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Tambah pelakon kecil molek itu lagi, dia tidak dapat menghadiahkan hadiah barang kemas seperti tahun-tahun sebelum ini kerana bimbang untuk membawa ibunya keluar dalam keadaan negara dilanda wabak pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas  turut berkata bahawa adik-beradiknya yang lain turut memberikan hadiah berbentuk wang tunai pada sambutan hari lahir ke-60 ibu mereka itu pada malam Jumaat yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

“Kalau ikutkan, setiap tahun selalunya saya akan bawa ibu pergi ke kedai emas dan belikan dia rantai atau gelang..apa-apa saja tapi emas sebab dia suka. Tapi tahun ini PKP dan kes COVID pun semakin meningkat, saya tak berani nak bawa dia keluar. Jadi saya beri hadiah duit dan handphone baharu untuk dia. Jumlah duit pada jambangan bunga hanya RM1,500 sahaja. Sebab ini kali pertama saya tempah jambangan bunga duit macam itu..tak berani nak letak duit banyak sangat. Adik beradi lain pun beri duit sahaja untuk tahun ini.”

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari kelahiran buat ibu pelakon itu dan terhibur melihat keletah anak beranak ini.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Menafikan dakwaan seperti ingin menunjuk-nunjuk dan berlebihan, Ruhainie menjelaskan bahawa dia hanya ingin menggembirakan kedua ibu-bapa sementara keduanya masih hidup.

“Sementara semua orang masih ada dan dalam keadaan sihat, kita buat apa yang kita mampu untuk gembirakan mereka terutama ibu-bapa kita.”- Ruhainies

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. IKAN SEPAT

    February 21, 2021 at 10:28 pm

    ANAK YG BAIK KENANG JASA.. AMBIL BERAT KEDUA IBU BAPA

  2. Aku Menyampah

    February 21, 2021 at 12:09 pm

    Ceh.. Ingatkan Rm15k.. Blagak ja lebih. Klu tayang brg2 dgn bf bkn main lg mcm org kayangan.. Bg mak Rm1.5k ja.. Kedekut..

    • JANGAN JADI HATI BUSUK

      February 22, 2021 at 9:42 am

      ya Allah hengko pun ek nak mengata orang berlagak kemain. kau mampu ke nak bagi mak hengko macamtu? wkwkwkwkw kau tau ke dia bulan bulan bagi mak dia berapa? setakat 1.5k pun dah bersyukur as hadiah birthday. fikir jela baik baik. husnuzon. ada jugak orang busuk hati macam hengko ni. malas nak judge, takut kau pun nak hulur 150 kat mak hengko pun payah. heh

    • haha sakit hati ke tu

      February 24, 2021 at 12:32 pm

      sebab yg mahal2 tu semua duit bf :’)

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top