Kejutan daripadanya buat isteri tercinta memang antara yang dinanti-nantikan ramai kerana setiap tahun pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad tidak pernah gagal untuk merancang dan membuat surprise kepada Syafiqah Aina.
Kali ini, Hafiz berkongsi video yang dirakamkan ketika dia melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahiran Aina baru-baru ini.
Menerusi tiga video berbeza, bapa kepada dua anak itu telah memberikan empat kejutan buat Aina pada hari lahirnya dan seperti biasa, isterinya mengalirkan air mata tanda terharu.
Beri 4 kejutan, hadiahkan ‘Pulau Aina’
Pada mulanya, Hafiz membuat kejutan pertama iaitu picnic sambil menonton filem di laman rumahnya dan meskipun cuaca hujan namun kejutan itu tetap membuatkan Aina gembira.
Kemudian, Hafiz memberikan kejutan kedua buat Aina iaitu menghadiahkan 100 sampul yang berisi 100 nota berbeza untuk isterinya baca pada setiap hari.
Bagi kejutan yang ketiga, Hafiz menjemput pembuat piza untuk mengajar Aina dan dirinya membuat piza memandangkan isterinya sangat menggemari makanan tersebut.
Akhir sekali, Hafiz mendedahkan kejutan keempat yang diberikan kepada Aina iaitu ‘pulau’ tempat mereka sekeluarga meluangkan masa bersama.
Namun, di akhir video Hafiz sempat memberi mesej berat dan bermakna buat semua para suami mahu pun isteri untuk menghargai pasangan masing-masing.
Kata Hafiz, selepas 15 tahun mengenali Aina hadiah paling bermakna buat isterinya itu adalah kesetiaannya di sisi dan mencintai orang yang sama.
View this post on Instagram
Perkongsian Hafiz mendapat perhatian ramai yang berharap agar mereka yang curang atau tidak menghargai pasangan masing-masing dapat tengok dan faham apa yang dikatakan usahawan itu.
Dalam pada itu, ramai turut memuji dan amazed dengan Hafiz kerana setiap tahun usahanya untuk menggembirakan Aina sangat hebat.
Ada juga yang mengingatkan para isteri yang lain untuk tidak membandingkan suami masing-masing dengan Hafiz dari segi kewangan.