Beri Impak Besar Kepada Dunia, Google Doodle Kenang Jasa Dr Wu Lien Teh

Dunia

Beri Impak Besar Kepada Dunia, Google Doodle Kenang Jasa Dr Wu Lien Teh

Ahli epidemiologi Cina – Malaysia, mendiang Dr Wu Lien Teh merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dikenali sebagai orang pertama yang mencipta pelitup muka pembedahan jenis N95. Beliau juga merupakan pelajar keturunan Cina yang mendapat MD dari Universiti Cambridge.

Rabu lalu, enjin carian Google Doodle memaparkan potret kartun memakai pelitup muka bagi memberi penghormatan kepada Dr Wu sempena ulang tahun tokoh tersebut yang ke-142.

Advertisement

Dr Wu Lien Teh

Menurut kajian di Google, Dr Wu dilantik sebagai Timbalan Pengarah Imperial Army Medical College di China selepas mengikuti pengajian kedoktorannya sekitar tahun 1908.

“Ketika wabak yang tidak dikenal pasti menular di barat laut China pada tahun 1910, kerajaan China melantik Dr Wu untuk menjalankan penyelidikan berhubung penyakit itu, yang dikenal pasti olehnya sebagai wabak pneumonia, penyakit berjangkit yang tersebar daripada manusia ke manusia melalui pernafasan”.

Menurut Google, bagi memerangi penyakit berjangkit tersebut, Dr Wu sendiri menghasilkan pelitup muka pembedahan khas dengan kapas dan kain kasa, dan menambahkan beberapa lapisan kain untuk menapis penyedutan.

tokoh dunia

Dalam tempoh empat bulan selepas Dr Wu ditugaskan untuk mengawal penularan wabak penyakit berjangkit, usaha beliau memberi impak positif dalam mengakhiri wabak yang dikenal sebagai Manchuria sekitar 1911.

Pada 1935, Dr Wu merupakan individu dan rakyat Malaysia pertama berketurunan Cina yang dicalonkan untuk Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan kerana usaha dan jasa beliau dalam mengawal wabak pandemik itu.

tokoh dunia

Jasa Dr Wu bukan hanya mengubah kesihatan awam di negara China malahan di seluruh dunia.

Selamat hari lahir diucapkan kepada tokoh di sebalik pelitup muka, Dr Wu Lien Teh – Bernama

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...