Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi, Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Datuk Awie Di Atas Kelahiran Anak Ke-6 Kelak

Hiburan

Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi, Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Datuk Awie Di Atas Kelahiran  Anak Ke-6 Kelak

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia bersama dengan rakan seperjuangan, Datuk Awie.

Dalam foto itu, dia dilihat sedang memberikan hadiah istimewa kepada penyanyi dan pelakon terkenal itu sempena ulang tahun kelahirannya.

Advertisement

Dalam pada itu, Erra turut menzahirkan ucapan tahniah buat Awie dan isteri yang bakal menimang cahaya mata ke-enam tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Hadiah belated birthday kepada kekanda yang budiman @awieofficial..Alhamdullilah segala onak duri berjaya ditempuh sehingga menjadi kekanda Datuk @awieofficial satu nama besar di persada seni tanah air..Alhamdullilah..Tahniah buat datuk dan datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi..semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah..berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat..”

Datuk Awie yang terkenal dengan lagu- lagu rock sepanjang zaman seperti lagu Di Penjara Janji itu dilahirkan pada 24 November 1968. Difahamkan, Datuk Awie dan isteri, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bakal menimang cahaya mata pertama mereka dan merupakan anak ke-6 buat Datuk Awie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...