Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beri Bayangan Kena Sihir, Isteri Aman Ra Dedah Punca Rumah Tangga Berantakan

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila isteri kepada penyanyi rap, Aman Ra tampil mendedahkan bahawa suaminya itu telah berlaku curang.

Aman RaSumber : Instagram Aman Ra  

Berikutan dengan kes tersebut, Aman Ra dikatakan enggan memberi komen mengenai isu tersebut dan meminta diberi sedikit masa dan ruang.

Advertisement

Namun begitu, isteri Aman yang dikenali sebagai Natiqah Rahmat semalam ada memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram di mana dia seakan-akan memberi bayangan bahawa dia dan suaminya telah disihir oleh dua orang wanita.

Menerusi paparan tangkap layar perbualan antara dia bersama seorang wanita yang dipanggil ‘Mama’ itu, mereka berdua berbual mengenai peratusan sihir, kawasan sihir, kesan serta simptom ketika menjalani rawatan.

IG NatiqahSumber : Instagram Natiqah Rahmat  
IG Natiqah RahmatSumber : Instagram Natiqah Rahmat  

Dalam pada itu, Natiqah juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan semangat yang telah diberikan peminat dan pengikut media sosialnya sepanjang konflik yang menimpa antara mereka berdua.

Terdahulu, Natiqah mendakwa rumah tangganya bersama Aman Ra goyah apabila penyanyi rap itu tertangkap ketika menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Malah, Aman Ra juga dipercayai telah empat kali melafazkan cerai kepada Natiqah sepanjang perkahwinan mereka.

SUMBER : Instagram Natiqah Rahmat
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    February 22, 2021 at 11:04 am

    yang betul dia ko tu kena berubat sebab sejenis bangang dah cerai sampai empat kali tu means dah jatuh semua talak ko tau tak? masa sekolah dulu pergi monteng and jadi bohsia ja ka sampai tatau dah jatuh semua talak kalau suami ko lafaz cukup tiga kali? bangang ko ni sebab tu rumahtangga ko panas tak habis2 sebab korang berdua ni dah kira bukan suami isteri dah. bodoh sangat.

  2. brunes

    February 20, 2021 at 11:14 am

    hmm ok

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top