Beri Alasan Kena “Hack” Cara Mudah Tutup Kesalahan? Benar Ke?

Trending

Beri Alasan Kena “Hack” Cara Mudah Tutup Kesalahan? Benar Ke?

hack

Dalam dunia teknologi serba pantas dan canggih ini, bukan sahaja semakin serba tahu dan bijak tetapi ada juga yang serba pandai meloloskan diri daripada ditangkap. Maksudnya dalam dunia alam maya.

Advertisement

Mungkin boleh tulis apa sahaja, mengenai sesiapa sahaja, tetapi senang untuk meloloskan diri dengan mengaku, “bukan saya yang menulisnya!”.

Ya, Facebook atau Twitter, akaun, kata laluan yang menggunakan komputer riba atau telefon pintar juga milik pemiliknya, tetapi status yang dimuat naik bukan milik si empunya akaun?

Beberapa bulan yang lalu, seorang individu berkongsi satu muat naik status oleh seorang lelaki yang mengecam seorang wanita yang mempunyai masalah keluarga dengan suaminya.

Kecaman itu agak kesat dan berunsur fitnah selain memalukan wanita yang juga ibu kepada dua orang anak. Sejurus selepas itu, pengguna laman sosial pula segera ‘screen shot’ kata-kata lelaki itu dan diviralkan segera.

Pemeriksaan di akaun Facebook lelaki itu menunjukkan dia tidak memilih untuk memadamkan status berkenaan.Tetapi dia memilih untuk membiarkannya mungkin sebagai taktik melepaskan diri dengan mengakui status yang dimuat naik itu bukan daripadanya. Taktik yang semakin biasa digunakan dan secara berleluasa.

“Komputer saya di’hack’. Saya tidak menulis status tersebut. Ada orang lain menceroboh komputer riba saya,” tulisnya dalam status terbaharunya sekali gus menjelaskan kononnya bukan dia yang menulis status terdahulu itu.

Perkara itu tidak dibesarkan memandangkan lelaki itu mengaku di’hack’. Bagaimanapun ia masih sangsi jika ia hanya alasan semata-mata, alasan yang disalah guna oleh kebanyakan netizen.

Seorang individu dalam bidang penguatkuasaan pernah memberitahu, “Daripada gaya penulisan, nada yang digunakan dan perkataan-perkataan tertentu kita boleh tau sama ada ia ditulis oleh pemilik sebenar atau tidak.

“Ada yang bijak menggunakan pendekatan berbeza dengan menyelitkan unsur berbeza yang jarang diguna supaya boleh membuktikan ia bukan ditulisnya. Tetapi apapun gaya dan bahasa seseorang boleh dibaca,” kata beliau lagi. Ini, katanya selain daripada teknologi dan perisian khusus termasuk nombor IP yang boleh digunakan untuk mengesan kesahihan ‘alasan’ tersebut.

Baru-baru ini juga terlalu banyak tweet, muatnaik status Facebook, penulisan blog dan perkongsian dalam Whatsapp yang dikongsi dan segera dinafikan atas alasan bukan mereka yang tulis.

Namun perlu  diingat, pihak polis dan pihak berkuasa yang lain lebih bijak dari apa yang kita sangkakan dan bukan sukar bagi mereka mengesan keaslian penulisan anda.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Di negara kita perkara seperti ini banyak dilakukan terhadap pemimpin politik dan individu berpengaruh oleh sama ada golongan aktif politik atau rakyat biasa seperti kita.

Tidak ketinggalan, dalam masa yang sama juga, admin respect mereka yang terus terang mengaku kesilapan mereka menulis, memuatnaik sesuatu dan ada yang segera meminta maaf dan ada yang bertindak memadamkan status tersebut daripada terus mengundang kontroversi.

Tindakan itu walaupun masih mendatangkan ketidakpuasan, sekurang-kurangnya kita harus puji rasa tanggungjawab untuk mengaku kesalahan dan tampil meminta maaf. Manakala, bagi mereka yang lantang bersuara seolah ‘hero’ tetapi membuat kerja umpama membaling batu tetapi menyembunyikan tangan inilah yang lebih keji.

Apapun, kita mempunyai pihak berkuasa yang lebih arif dalam menyiasat dan memutuskan tindakan yang perlu diambil jika ia melibatkan muat naik yang serius.

Ataupun kita sebagai pengguna sendiri bolehlah bijak menilai personaliti dan sikap seseorang sama ada untuk mempercayai mereka atau dikelentong oleh mereka.

*Tiada siapa yang ‘hack’ komputer saya dan komentar ini ditulis oleh saya sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...