“Beri Alasan Anak Saya Tak Henti Nangis” – Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah, Orang Luar Selamba ‘Breastfeed’ Anak Tanpa Izin

Kehidupan

“Beri Alasan Anak Saya Tak Henti Nangis” – Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah, Orang Luar Selamba ‘Breastfeed’ Anak Tanpa Izin

Selalu kita dengar ibu bapa yang mempunyai anak kecil ataupun bayi akan cuba sedaya upaya untuk melarang orang luar daripada mencium ataupun memandai-mandai memberi makanan kepada anak mereka kerana enggan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap bayi itu.

Tidak dapat dinafikan, masih ada juga segelintir orang luar yang tidak mengambil kisah apabila sudah diberi amaran dan tetap melampui batasan.

Advertisement

Namun, hal yang berlaku terhadap individu bernama Afieqah Hasanah ini sememangnya luar daripada jangkaan dan tidak pernah terfikir dek akal oleh seorang ibu bahawa orang luar bakal melakukan hal ‘jijik’ itu.

Melalui luahan hati yang dibuat oleh wanita tersebut, dia telah memberikan bayinya kepada orang lain sewaktu sedang sibuk menyiapkan majlis aqiqah, tetapi apabila berpaling kebelakangan, dia ternampak ‘individu’ itu sedang breastfeeding anaknya tanpa izin.

Biarpun sudah ditegur, ‘individu’ yang dikatakan rapat dengan wanita itu melakukan hal yang sama sekali lagi tetapi kali ini dilihat oleh ibu Afieqah pula.

orang luar breastfeed anak

Selepas dimarahi kerana breastfeeding Baby Hayder tanpa izin, ‘individu’ itu berkata dia memberi kerana bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Bukan saja ia melibatkan hukum, malah Afieqah turut berasa bimbang dengan tahap kebersihan yang dikhuatiri boleh menjejaskan bayinya.

Menurut ibu kepada Baby Hayder itu, biarpun kejadian sudah lama berlaku, tetapi ia memberikan kesan yang mendalam dan masih trauma. Lagi-lagi, Hayder merupakan anak sulungnya bersama suami.

bayi bengkak usus ibu bagi makan kurma
2 years ago

Bayi 38 Hari Alami Bengkak Usus & Tersumbat, Punca Dari Ibu Bagi Makan Kurma?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...