Berhutang Dengan PTPTN Dalam RM11000, Lelaki Ini Dedah Cara Langsaikan Semuanya Guna Akaun 2 KWSP

Trending

Berhutang Dengan PTPTN Dalam RM11000, Lelaki Ini Dedah Cara Langsaikan Semuanya Guna Akaun 2 KWSP

Umum kita dah tahu bahawa Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), adalah sebuah badan yang membantu berikan pinjaman pelajaran kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, namun selepas tamat je pengajian kelihatan ramai  yang agak liat untuk membayar semula pinjaman berkenaan.

Advertisement


Jika ditanya pada pendapat kita semua, diakui pelbagai situasi membuatkan ramai tidak bayar. Ada yang sudah bekerja dan miliki pendapatan yang cukup selesa tapi masih lia juga nak membayar, ada juga yang bergaji kecil menyebabkan mereka tidak dapat membayar atas beberapa faktor lain.

Namun bagi mereka yang dah lama bekerja, tahukah bahawa anda sebenarnya boleh langsaikan hutang pinjaman PTPTN anda itu dengan mudah jika ada mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).

Seorang lelaki bernama Nazri Nasir telah berkongsi ilmu dan pengalaman bagaimana beliau sendiri selesaikan hutang PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP.

Bagaimana caranya?

BERITA BAIK UNTUK PEMINJAM PTPTN !!

Bole nampak kegembiraan di wajah saya tatkala mendapat tahu bahawa hutang lapuk tertunggak PTPTN saya sebanyak RM11,000 boleh diselesaikan dengan menggunakan akaun 2 KWSP@EPF saya.

Disini saya sharekan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk settle PTPTN ni. Moga bermanfaat :

1) Aktifkan i-akaun di kiosk KWSP
2) Register i-akaun di laman web KWSP
3) Print Out Penyata terkini di kiosk KWSP
4) Pergi ke cawangan PTPTN dan
5) Cakap nak settle hutang tertunggak pakai KWSP akaun 2.
6) Pegawai PTPTN akan uruskan pembayaran
7) Dalam 1-2 minggu KWSP akan call untuk pergi cawangan KWSP dan buat thumbprint.
8) KWSP akan uruskan selebihnya
9) Selepas dalam 1bulan hutang PTPTN akan settle
10) Muka pun Gembira :)

Mohon share dengan kawan-kawan yg dibebani dengan hutang PTPTN sehingga ade yg tak bole keluar negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...