Disebabkan kejadian yang berlaku pada pagi Isnin, sebelum ini, pelakon Anna Jobling telah menghantar surat teguran buat ibunya, Ariz Arop.
Terima surat teguran daripada Anna
Perkara tersebut telah pun disahkan oleh peguam yang mewakili Ariz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan memaklumkan kandungan surat itu merupakan kejadian yang berlaku antara Anna dan ibunya di kawasan parkir pada awal pagi Isnin.
Kami telah berbincang dengan ibu Anna untuk meneliti isi kandungan surat tersebut sebelum memberi jawapan.
View this post on Instagram
Menjelaskan secara lanjut, Akberdin memaklumkan anak guamnya ada membuat laporan polis susulan kejadian pagi Isnin itu.
“Biasalah teguran ibu buat anak..”
Dalam pada itu, dakwaan mengenai ibu Anna bersikap kasar terhadapnya sama sekali tidak benar.
Biasalah teguran ibu kepada anak. Tentang dakwaan ibu sepak Anna itu adalah tidak benar. Dia (Ariz) selama ini banyak menegur sebab takut anaknya itu melakukan perkara tidak baik.