Berhijab Umpama Maruah, Alhamdulillah Saya Diberikan Hidayah Untuk Tutup Aurat – Sara Ali

Hiburan

Berhijab Umpama Maruah, Alhamdulillah Saya Diberikan Hidayah Untuk Tutup Aurat – Sara Ali

Mula bertudung sejak bulan Januari lepas, ada pihak yang mengatakan Sara Ali mula berubah imej kerana beliau ingin berkahwin.

Namun, Sara sekerasnya menafikan gosip berkenaan dan memberitahu berhijab sama seperti menjaga maruah seorang wanita dan beliau sempat meluahkan rasa syukur kerana diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menutup aurat tanpa paksaan mana-mana pihak.

Advertisement

Bukan sebab mahu berkahwin. Saya rasa saya akan betul-betul fokus soal mendirikan rumah tangga pada tahun depan bukan tahun ini. Calon pun belum ada macam mana nak kahwin.

Sebenarnya sudah lama saya mahu bertudung cuma saya tercari-cari masa yang sesuai. Sejak tahun lalu saya mula berubah secara perlahan-lahan misalnya dari segi tingkah laku dan tinggalkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Keputusan ini adalah satu keputusan yang sangat besar dalam hidup saya. Berhijab umpama maruah dan kalau saya belum betul-betul bersedia, saya tak mahu mempermain-mainkan maruah diri sendiri. Memang bertudung itu wajib tetapi jika belum dapat hidayah, ia tidak akan berlaku. Alhamdulillah, saya sudah diberikan hidayah.

Tampil dengan imej seorang wanita muslimah, Sara sudah mula meletakkan syarat sekiranya ada tawaran lakonan. Namun, beliau mengakui minatnya dalam lakonan sudah mula hilang kerana sering ditawarkan watak yang sama sahaja.

Sejak bertudung, saya letak beberapa syarat misalnya jika karakter yang ditawarkan betul-betul sesuai dengan imej saya, saya akan terima. Jika pihak produksi penerbit atau pengarah tidak boleh mengikut syarat saya tidak mengapa dan saya lepaskan tawaran tersebut.

Saya mula rasa yang jiwa saya ke arah lakonan sudah hilang sejak tahun lepas. Selama ini saya cuba juga memaksa diri saya untuk buat-buat seperti passion dalam diri itu masih kuat tapi sebenarnya tidak. Sejujurnya apabila berlakon saya sudah tidak rasa apa-apa lagi. Mungkin sebab saya asyik ditawarkan watak-watak yang saya sudah pernah lakonkan jadi saya sudah bosan.

Bila berbicara soal untuk menutup aurat, ia harus lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan kerana mengikut trend semata-mata ataupun atas tujuan berniaga.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...