Berhijab Sepenuhnya, Anzalna Mohon Masa Untuk Padam Foto Lama Kerana Kontrak Kerja

Hiburan

Berhijab Sepenuhnya, Anzalna Mohon Masa Untuk Padam Foto Lama Kerana Kontrak Kerja

Pelakon jelita, Anzalna Nasir khabarnya sudah berhijrah dan kini berhijab sepenuhnya.

Anzalna dan Md Nasir
2 years ago

"Ia Amanah Yang Besar.." - Anzalna Nasir Bangga Bapa Kini Pegang Jawatan CEO FINAS

Advertisement

Maklum Anzalna lagi, dia memerlukan sedikit masa bagi memadam foto-foto lamanya yang tidak berhijab berikutan masih dalam kontrak kerja dan memerlukan foto tersebut kekal di media sosial dalam tempoh masa tertentu.

Tambahnya lagi, bukan mudah untuk dia melakukan perkara demikian kerana penghijrahan ini berlaku dalam sekelip mata.

Dalam usaha untuk berubah bukan senang nak berlaku dalam sekelip mata. Saya masih ada kontrak dengan beberapa produk dan akan padam gambar-gambar lama apabila rasa tidak perlu.

Anzalna dalam pada itu mengerti segalanya pasti akan berubah apabila sudah mula berhijab dan turut memohon doa orang ramai agar dia sentiasa istiqamah dalam penghijrahan.

Perkembangan terkini, Anzalna baru sahaja melancarkan koleksi tudungnya yang terbaru iaitu Loveta X Anzalna yang bertempat The Ruma Hotel and Residences, Kuala Lumpur, semalam.

Menafikan bahawa dia bertudung kerana ingin mencari keuntungan dengan menjual koleksi hijab, Anzalna berkara dia berhijrah untuk menutup aurat dan bukannya menjual diri.

Namun begitu, dia mula terbuka hati untuk bekerjasama dengan jenama Loveta yang merupakan legasi peninggalan Allahyarhamah Siti Sarah kerana berniat untuk menyambung empayar yang diusahakan oleh isteri pelawak Shuib itu.

“Arwah pernah hubungi saya sebelum ini untuk kerjasama dengan jenama kosmetik Ratasya miliknya. Namun saya pada ketika itu ada kontrak dengan produk lain. Saya tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dan gembira dapat bekerja dengan semua orang dalam pasukan ini.” jelasnya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...