Berhijab Bukan Kerana Trend – Ziana Zain

Hiburan

Berhijab Bukan Kerana Trend – Ziana Zain

Hari Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. Namun di kalangan peminat, masih ada yang skeptikal dan menganggap Ziana sekadar mengikuti ‘trend’ selebriti-selebriti wanita yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Bagi mereka, Ziana hanya ingin mencari populariti dengan membuat keputusan untuk bertudung.

ziana zain bertudung

Advertisement

Kalau Abang Nara jadi Ziana Zain, pastinya sedikit sebanyak kecewa dengan dakwaan tersebut. Namun membaca temuramah antara Ziana dan Pancaindera semalam, memang jelas terserlah betapa ikhlasnya penyanyi ini mengikuti suruhan Allah. Abang Nara suka dengan jawapan yang diberikan olehnya apabila ditanya mengenai pemakaian tudung oleh selebriti kerana mengikut trend dan halangan bertudung dalam kerjayanya. Kata Ziana:-

Kesedaran setiap orang berbeza-beza. Kebetulan ramai yang sudah berhijab dan ini satu perkara yang positif. Saya berhijab bukan kerana trend tetapi kerana sudah tiba waktunya untuk saya lakukan. Bila pintu hati terbuka dan sekarang saya berhijab, saya tak rasa beban malah rasa seronok dan selamat selain orang lebih menghormati diri saya. Tuhan tahu apa yang diaturkan untuk kita maka kita sebagai manusia kena terima segala ketentuan itu dengan reda.

Kerja adalah kerja. Penampilan adalah penampilan. Lagipun saya percaya selagi ada rezeki Tuhan nak beri, saya akan terima. Paling saya terharu, rupanya ramai peminat saya yang menunggu saya untuk tampil bertudung. Apabila mereka dapat tahu saya bertudung, tak putus- putus saya terima ucapan tahniah atas perubahan saya. Mereka selama ini mendoakan saya. Ada yang menangis. Menangis gembira untuk saya. Alhamdulillah dan saya bersyukur sekali.

ziana zain bertudung

Ya memang betul ramai peminat yang mahukan Ziana Zain bertudung sepenuhnya. Tak boleh dinafikan perkara tersebut. Daripada jawapan yang diberikan olehnya, jelas terserlah kematangan dan keikhlasannya dalam mengikuti syariat Islam. Semoga terus istiqamah. Semoga ia tidak menjadi penghalang buat Ziana untuk terus mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Tahniah sekali lagi buat Ziana Zain atas keputusan untuk berhijrah ini.

P.S: Penjelasan MH17 lalui ruang udara Ukraine

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...