Sudah lima tahun penyanyi Mizz Nina berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Meskipun menempuhi pelbagai dugaan untuk menjadi lebih baik, beliau bersyukur diberikan kekuatan untuk mengekalkan imejnya sebagai seorang wanita muslimah sejati.
Kehidupan Mizz Nina kini tidak lagi dipenuhi dengan dunia glamor dan beliau cukup fokus mendalami ilmu agama dan membaca Al-Quran setiap hari. Tentu sekali, kisah penghijrahan Mizz Nina menjadi inspirasi buat orang ramai diluar sana.
Bersempena dengan World Hijab Day pada 1 Februari lalu, Mizz Nina menerusi akaun Instagramya berkongsi sedikit luahan hatinya selepas lima tahun berhijab dan turut memberikan semangat kepada semua wanita untuk terus istiqamah dalam penghijarahan mereka.
Mizz Nina adalah selebriti yang boleh menjadi contoh terbaik buat masyarakat. Kekuatan yang beliau ada untuk terus berubah mengikut jalan Allah SWT memang amat luar biasa sekali.

Anonymous
February 6, 2018 at 7:54 pm
Nexttt….nak apa lagi?ramai je berhijab..
Anonymous
February 6, 2018 at 2:49 pm
aku salute dia sbb dia mmg femes kat luar dan lagu2 femes blh tinggal mcm tu je kefemesan dan sgt merendah diri….
Gorges
February 6, 2018 at 6:55 am
M Nina dan Noh memang padan. Lovely couple! Moga di kurniakan anak dan bahagia hingga ke Jannah