“Berhentilah Buka Aib Bekas Suami, Tak Perlu Raih Simpati Orang Ramai & Move On” – Miera Leyana Sindir Bekas Madu?

Kehidupan

“Berhentilah Buka Aib Bekas Suami, Tak Perlu Raih Simpati Orang Ramai & Move On” – Miera Leyana Sindir Bekas Madu?

Melalui laporan Harian Metro, pelakon, Miera Leyana ada mengulas kes mahkamah membabitkan bekas madu, Adibah Abdul Mutalib dan suaminya, Rosland Othman.

Menurut Miera, kes mahkamah yang sehingga kini masih berlarutan membabitkan Adibah sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya di dalam industri seni.

Advertisement

Miera mohon Adibah berhenti buka aib bekas suami

Sudah-sudahlah buka aib bekas suami. Tak perlu meraih simpati orang dengan guna nama saya.

Bahkan, pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada tahun 2013 menegaskan reputasinya turut tercalar kerana dikaitkan dengan kes terbabit.

Kenyataan dia (Adibah) kepada pihak media juga boleh jejaskan nama baik saya dan keluarga.Berhentilah buka aib bekas suami dan ‘move on’ dengan kehidupan anda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Nak jaga mental anak-anak, kenyataan Adibah tidak boleh dipadam

Dalam pada masa yang sama, aktres itu berkata kini keutamaannya adalah suami serta anak-anak yang semakin membesar.

Kesihatan mental anak-anak saya lebih penting. Anak-anak saya nak membesar dan benda ini tak boleh padam dan apa yang dia (Adibah) cakap kepada pihak media berkaitan suami juga tidak boleh padam.

Apabila menjawab persoalan tentang nafkah yang dituntut oleh bekas madu, Miera berkata Adibah boleh melakukan hal tersebut tetapi biarlah pihak mahkamah yang putuskan kelak.

Tak perlu keluarkan kenyataan yang buka aib bekas suami dan keluarga. Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun.

adibah abdul mutalib
2025-07-16 16:36:31

Rosland Tak Beri Nafkah Sejak Jatuh Talak, Adibah Tuntut Amaun Setimpal Dengan Pengorbanan - "Supaya Betul Cukup Untuk Saya & Anak-Anak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...