Jika sebelum ini Nazim Othman pernah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah hampir dua tahun menduda, namun baru-baru ini pelakon itu telah memuat naik status menerusi akaun Instagram Storynya yang meminta agar orang di luar sana supaya berhenti bertanyakan mengenai isu kahwin.
Pelakon drama Pengantin Satu Malam itu juga menulis bahawa dia ingin mencintai ‘diri sendiri’ sebelum mengambil keputusan untuk mempunyai pasangan hidup.
Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman,35, berkata bahawa kuasa mencintai diri sendiri itu tidak ternilai harganya.
“Sayang diri sendiri kini menjadi keutamaan. Jika kita disayangi orang lain, itu adalah bonus. Tetapi kuasa mencintai diri sendiri tidak ternilai.”
Mengimbas kembali, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga bersama dengna pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun kecundang apabila ianya berakhir dengan penceraian pada Mei 2018 yang lalu.