January 28th, 2019

Mempunyai wajah yang lebih cantik dan runcing, pelakon Sherry Ibrahim sebelum ini pernah menafikan khabar angin beliau melakukan pembedahan kosmetik.

Kami ingat isu tersebut sudah reda tetapi baru-baru ini, ada seorang individu menggunakan akaun palsu mendakwa Sherry sebenarnya menipu.

Mengenali  rapat dengan ahli keluarga Sherry, individu tersebut mendakwa memang benar Sherry ada membuat perubahan pada wajahnya untuk nampak lebih cantik.

Berang dengan tuduhan itu, Sherry menerusi akaun Instagramnya menyifatkan kenyataan itu adalah fitnah semata-mata.  Malah, beliau juga tidak pernah kenal dengan individu itu.

Bersabarlah Sherry, anggap sahaja dia cemburu dengan wajah anda yang lebih menawan sekarang. Tidak perlu terlalu tertekan, asalkan berada di pihak yang benar.

Kredit Foto : Kaki Foto


44 responses to “Berhenti Sebarkan Fitnah! – Sherry Ibrahim Berang Dituduh Buat Muka”

  1. Anonymous says:

    Boleh bagitau tak apa yg beza sangat muka dia?aku tak follow dia ..nak taw gak ni ahahhahaha

  2. Anonymous says:

    First impression: ni sapa ni? Aku rasa aku kenal mana satu sherry Ibrahim nih. Terpaksa aku Google Nk pastikan betul ke tak sherry yg aku tau. Asa gambar dia yg aku tau tu dia. Maybela aku buta makeup Tkle nilai sgt la, tapi bagi aku, kalau tgk sekali, Org kt atas ni, mmg Org lain.

  3. bia la dia,,, xsuka jgn follow,,, korang kalau da teberak nak gaku x,,, jd pe yg korang bwang sgt tue,,,muka dia lantak dia la,,, btw muka dulu manis je sbnya,,, allah cipta semua manusia cantik de kecantikan sndri xperlu ubah apa2

Loading...