Penyanyi dan juga pendakwah media sosial, Fynn Jamal memang diakui sering menjawab dan melayan soalan-soalan daripada pengikut media sosial Instagramnya.
Baru-baru ini, dia diajukan soalan mengenai keperluan mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia dan Fynn telah menggariskannya dengan hadis Rasullulah S.A.W di mana ia perlulah dilakukan dengan kadar sederhana.
View this post on Instagram
Kata penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, mengenang kebaikan arwah itu tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas.
Berpada. Puji tak salah. Mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu. Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih. Dibinakan tugu, dipuji-puja.
Tambahnya lagi, tidak perlu mengulang dosa sila si mati seperti mendengar lagu-lagu cinta yang melalaikan dan seumpamanya.
Fynn dalam pada itu turut berharap agar kematiannya pada suatu hari nanti tidak dijadikan bahan kenangan dan imbauan berlebihan buat peminat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.