“Berhenti Pakai Kemeja-T Tanpa Kolar Dan Selipar Ke Majlis Perkahwinan”

Trending

“Berhenti Pakai Kemeja-T Tanpa Kolar Dan Selipar Ke Majlis Perkahwinan”

Majlis perkahwinan di Malaysia biasanya menjemput sehingga seribu tetamu dan biasanya golongan wanita akan memakai pakaian yang cantik dan kemas ke majlis perkahwinan. Namun tulisan seseorang individu di Twitter telah mencetuskan perdebatan mengenai sesetengah kaum lelaki yang dilihat hanya mengenakan kemeja-T tanpa kolar dan selipar ke majlis perkahwinan. Individu itu juga memfokuskan kepada masyarakat Pantai Timur dalam kritikannya.


Ada yang menyokong pendapat tersebut, ada juga yang membantah, dan ada juga yang mempersoalkan mengapa masyarakat Pantai Timur yang dilibatkan?

Advertisement

“Bila masa kenduri kahwin Melayu jadi formal?”

“Ambil gambar curi majlis orang.”

Namun begitu, ramai berpendapat, memakai pakaian ala kadar ke majlis perkahwinan patut dihentikan, dan orang ramai sepatutnya menggunakan akal budi untuk tidak mengenakan kemeja T kolar bulat atau selipar ke majlis perkahwinan:

“Kalau hargai jemputan, tunjuk effort sedikit.”

 

“Menjatuhkan imej kenduri perkahwinan.”

Double-standard?”

“Hormat majlis orang lain.”

“Pakai selekeh rosakkan majlis.”

“Bukan orang Pantai Timur je yang pakai macam tu.”

Apa pun, semua orang boleh setuju golongan wanita paling berusaha nampak cantik dan kemas bila ke majlis perkahwinan. Dengan mengenakan pakaian cantik dan bersolek malah ke salon untuk mendandan rambut, hanya untuk meraikan raja sehari.

Golongan lelaki pula, sekurang-kurangnya pakai kemeja berkolar dan berkasut tutup. Apa salahnya, bukan? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...