“Berhenti Menyanyi Kalau Tak Boleh Dengar Komen Pedas”- Mas Idayu Tidak Kisah Dibenci Kerana Lantang Beri Kritikan

Hiburan

“Berhenti Menyanyi Kalau Tak Boleh Dengar Komen Pedas”- Mas Idayu Tidak Kisah Dibenci Kerana Lantang Beri Kritikan

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mengakui bahawa personaliti garang yang ‘dibawanya’ ketika menjadi juri sesebuah program merupakan caranya tersendiri untuk mengajar seseorang penyanyi baru.

Mas Idayu yang kini menjadi juri tetap untuk program Lagu Cinta Kita 2 ini turut memberitahu bahawa dia sama sekali tidak kisah jika menjadi garang bakal membuatkan ramai orang membenci dirinya dan dia turut terbuka untuk menerima segala kecaman daripada penonton program berkenaan.

Advertisement

Hanya menjadi diri sendiri, Mas Idayu berkata dia hanya ingin berkongsi ilmu dan pengalamannya sepanjang menjadi anak seni kepada muka-muka baru.

“Ini lah saya.. bekerja dengan kawan-kawan, saya pasti akan jadi diri saya sendiri, benci? makian,cacian, hak manusia,tanggungjawab saya bukan untuk orang benci, bukan itu yang saya hebahkan, yang saya hebahkan perkongsian ilmu saya, pengalaman saya dalam industri, untuk bakal anak seni yang bakal tumbuh..”

Dalam pada itu, Mas Idayu turut berpendapat bahawa setiap juri mempunyai cara tersendiri untuk memberi komen dan mengkritik para peserta.

Tambah Mas atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 48, apa yang ditunjukkan di kaca televisyen itu bukanlah lakonan semata-mata untuk meraih perhatian penonton. Dia turut menasihatkan penyanyi baru agar sedia menerima komen pedas jika ingin kekal lama dalam industri.

“Tak boleh dengar komen pedas? Stop saja nyanyi!” – Mas Idayu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...