“Berhenti Menyamar” – Fasha Sandha Dedah Tiada Akaun Bigo

Hiburan

“Berhenti Menyamar” – Fasha Sandha Dedah Tiada Akaun Bigo

Menegaskan dirinya tidak mempunyai akaun Bigo, pelakon jelita Fasha Sandha berharap individu yang menyamar menjadi dirinya berhenti melakukan kerja tidak berfaedah seperti itu.

fasha sandha tiada akaun bigo

Advertisement

Menurut Fasha salah seorang pengikutnya di laman Instagram menyatakan terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan identiti yang sama dengan pelakon filem Anak Mami Nasi kandaq ini.

“Akak guna Bigo tak? Tadi dalam Bigo ada yang mengaku diri akak Fasha. Nama dan gambar sama macam Instagram tapi muka sebelah ja tak pakai tudung hmm.”

fasha sandha tiada akaun bigo

Jawab Fasha dengan tegas di ruangan komen, beliau langsung tidak mempunyai akaun berkenaan.

fasha sandha tiada akaun bigo

“Saya tiada Bigo dik. Tolong bagitau dia untuk henti penyamaran. Terima kasih.”

Terdahulu, pengarah dan produser, Syamsul Yusof antara yang terpait dengan kes seperti ini.

Menurut Syamsul, beliau mendakwa terdapat pihak yang mahu menyamar seperti dirinya dengan menggunakan suara Syamsul di aplikasi berkenaan.

fasha sandha tiada akaun bigo

“Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong padam akaun Bigo tu cepat. Sebab saya penat nak saman orang turun naik mahkamah ni jadi tolong jangan paksa. Padam sekarang.”

Tegas Syamsul beliau tidak ingin menghabiskan masanya ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah terbabit dan mengambil keputusan untuk memohon individu terbabit untu memadam sahaja.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...