Pasti kita selalu mementingkan kualiti sebelum membeli barangan elektrik terutamanya perkakasan rumah supaya jangka hayat penggunaannya lebih panjang malah dapat menjimatkan perbelanjaan
Pemilihan yang salah berkemungkinan akan menyebabkan kita mengeluarkan kos berganda kelak. Walaupun peralatan yang dipilih berjenama tetapi jika kita tidak menjaga dan menggunakan dengan baik, ia juga pasti akan rosak.
Berikut merupakan kesalahan yang perlu dielakkan ketika menggunakan perkakasan rumah.
Tidak membersihkan bahagian dalam alatan dapur.

sumber: imgix
Kesalahan ini sering kita lakukan terutamanya ketika menggunakan peralatan dapur untuk memasak seperti periuk nasi, microwave, air fryer atau oven. Sisa makanan yang terlekat pada ruangan dalam perkakas tersebut lama kelamaan akan menjadi karat dan merosakkan perkakas tersebut. Kesihatan juga mungkin terjejas kerana penyediaan makanan menggunakan perkakasan rumah yang kotor.
Tidak memeriksa poket pakaian sebelum memasukkan ke dalam mesin basuh
Bukan hanya cara menggunakan dan menjaga perkakas rumah yang perlu diambil berat tetapi barang-barang yang dimasukkan ke dalam perkakas rumah juga tidak boleh dipandang remeh.
Duit syiling atau apa sahaja barangan kecil yang disimpan di dalam poket perlu di periksa dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dicuci. Ini kerana barang-barang kecil ini akan memberi masalah besar kepada mesin basuh anda.
Peti sejuk terlalu penuh
Terlalu banyak makanan di dalam peti sejuk akan menghalang pengedaran udara kerana ini sangat penting untuk memastikan suhu peti tetap sejuk.
Akibatnya, peti sejuk perlu bekerja secara tambahan sehingga boleh menyebabkan wap udara yang berlebihan merosakkan mesin dan makanan dalam peti sejuk tersebut.
Memasukkan makanan yang terlalu panas ke dalam peti sejuk

sumber: r.hswstatic.com
Makanan yang panas akan bertentangan dengan suhu peti sejuk. Suhu di dalam akan berubah dan merosakkan enjin serta makanan. Oleh itu, lebih baik anda menyejukkan dahulu makanan terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan dahulu di dalam suhu bilik selama lebih kurang 15-30 minit.
Membiarkan beg vakum terlalu penuh

Sumber:planetcoops
Buang sampah dan habuk di dalam beg pembersih vakum sebelum penuh. Kebanyakan sampah di sana akan menyukarkan mesin menyedut habuk dan kotoran di atas lantai. Mesi perlu bekerja lebih keras menyebabkan vakum menjadi cepat rosak. Jadi rajinkan diri untuk periksa beg vakum okay.
Yang paling penting dalam menjaga perkakas rumah ialah memastikan anda menggunakan setiap peralatan mengikut fungsi khas tersendiri.
Sumber: dekoruma