Berhenti Lagakan Saya Dan Rita Rudaini! – Zahirah Macwilson

Hiburan

Berhenti Lagakan Saya Dan Rita Rudaini! – Zahirah Macwilson

Baru-baru ini tersebar khabar angin mengatakan aktres popular Rita Rudaini mempunyai masalah dan cemburu dengan populariti Zahirah Macwilson sehingga kedua-duanya tidak boleh bekerjasama dalam sebuah acara anugerah popular yang diadakan beberapa minggu lalu. Apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua?

Advertisement

Menjawab tuduhan tersebut, Zahirah sendiri mengakui beliau juga agak terkejut ketika mendengar khabar angin berkenaan. Mereka berdua tidak pernah berjumpa antara satu sama lain dan Zahirah sangat menghormati Rita sebagai seorang yang lebih senior dalam bidang lakonan.

Saya tidak kenal rapat dengan Rita dan belum pernah bekerja dengannya. Saya memang terkejut dengan khabar angin kononnya dia cemburu dengan kejayaan saya.

Walau apapun, saya hormati dia sebagai artis senior. Saya baru tiga tahun dalam industri dan setakat ini, rasanya belum pernah lagi bergaduh atau buat salah dengan sesiapa. Sampai sekarang saya tertanya-tanya macam mana berita palsu itu boleh timbul sedangkan kami berjumpa pun tidak pernah apatah lagi bertentang mata.

Dengan penjelasan ini, Zahirah berharap tiada lagi pihak yang cuba untuk melaga-lagakan mereka hanya untuk mencetuskan kontroversi.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...