“Berhenti Kata Hal Ini Education Shaming..” Gara-Gara Perbaiki Sebutan Qody Di Big Stage, Datuk Syafinaz Dikecam Netizen

Hiburan

“Berhenti Kata Hal Ini Education Shaming..” Gara-Gara Perbaiki Sebutan Qody Di Big Stage, Datuk Syafinaz Dikecam Netizen

Datuk Syafinaz Selamat yang telah dijemput menjadi juri jemputan pada konsert separuh akhir program Big Stage 2020 pada malam ahad yang lalu telah menerima kritikan daripada netizen kerana telah memperbaiki cara sebutan bahasa Inggeris salah seorang peserta program realiti TV berkenaan iaitu Qody Rany.

Netizen didakwa seolah-olah tidak berpuas hati apabila Syafinaz dan juga juri tetap, Ajai seolah-olah merendah-rendahkan kemampuan Qody bertutur dalam bahasa Inggeris itu dan menggelarkannya sebagai ‘Education Shaming’.

Advertisement

Namun, menurut penyanyi  lagu Mahkota itu, kritikan yang diberikan kepada Qody sepatutnya digunakan sebagai nasihat untuk memperbaiki diri dan dia sama sekali tidak bertujuan untuk memalukan sesiapa.

View this post on Instagram

Rambut kena tiup angin sebab tak tutup tingkap kereta katanya… @zizanrazak869 ? & ????? : @valshuq

A post shared by Syafinaz Selamat (@datuksyafinazofficial) on

“Kita bukan nak malukan dia, kita nak dia jadi lebih baik. Berhenti la cakap pasal education shaming ni. Terima sajalah bila orang dah bagi kritikan untuk anda semua perbaiki diri,”

Menemui peserta yang dikritik cara penyampaian lagu pada malam itu, Qody Rany berkata bahawa dia menerima komen daripada juri dengan hati serta fikiran yang terbuka. Malah, dia turut merasakan bahawa itu adalah tanggungjawabnya sebagai penyanyi dan akan terus belajar daripada kesilapan.

“Buat apa saya masuk bertanding kalau tak boleh terima cabaran yang diberikan juri. Jadi saya ambil perkara ini sebagai pembelajaran,”

Sekadar info, Juara program Big Stage 2020 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua RM 50,000 manakala tempat ketiga bakal meraih RM25,000 setiap seorang.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...