Berhenti Kaitkan Nama Saya, Pesan Ajai Kepada Nurul

Hiburan

Berhenti Kaitkan Nama Saya, Pesan Ajai Kepada Nurul

Ajai dan Nurul satu ketika dahulu pernah menjadi suami isteri tetapi jodoh antara mereka tidak berpanjangan. Lagu-lagu duet nyanyian mereka juga amat menyengat dan pernah menjadi siulan ramai. Kini masing-masing sedang bahagia dengan kehidupan serta orang baru di dalam hidup mereka. Namun tindakan Nurul yang menulis tentang Ajai di dalam blognya telah membuatkan bekas suaminya itu berasa kurang senang.

ajai dan nurul

Advertisement

Baru-baru ini Nurul menerusi laman blognya telah menulis tentang hasrat peminat yang mahu melihat dirinya dan Ajai bergandingan untuk konsert duet. Nurul menyatakan kesanggupannya namun memberikan ‘hint’ yang Ajai tidak sudi untuk menjadikan perkara itu satu realiti.

ajai dan nurul

Kurang selesa dikaitkan sebegini rupa, Ajai memaklumkan yang dia tidak pernah memberikan sebarang reaksi terhadap soalan tentang bekas isterinya sejak penceraian mereka pada tahun 2007. Kata Ajai:-

Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun).

nurul wahab

Pada pandangan Abang Nara, permintaan Ajai adalah satu permintaan yang normal dan tidak melampau. Semestinya kita akan rasa kurang senang apabila bekas isteri terus menerus mengaitkan nama kita sedangkan masing-masing sudah move on dengan kehidupan. Mungkin Nurul perlu melupakan hasrat untuk menyanyi bersama Ajai. Jika dah tahu orang tak sudi, tak perlulah bangkitkan isu ini lagi. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

ajai dan nurul

P.S: Dapatkan segera koleksi terbaru Telekung Cotton Exclusive keluaran khas GudangMY! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai 4 warna pilihan yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free postage seluruh Malaysia! Untuk pembelian, silalah ke Facebook GudangMY atau WhatsApp terus ke 019-236-1986.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...