Berhenti Jual Air Jagung, Amir Raja Lawak Akui Serba Salah Namun Terikat Komitmen Berlakon

Hiburan

Berhenti Jual Air Jagung, Amir Raja Lawak Akui Serba Salah Namun Terikat Komitmen Berlakon

Pelakon dan juga pelawak, Amir Raja Lawak khabarnya akan mula bercuti daripada mengusahakan perniagaan air jagung kerana terikat dengan komitmen penggambaran.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi,32, mengakui berasa serba salah kerana terpaksa menutup gerai memandangkan dia tidak mempunyai masa untuk membancuh sendiri air minuman yang dijualnya itu.

Advertisement

Amir Raja Lawak
3 years ago

Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang, Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka

Maklum Amir lagi, ramai pelanggan bertanyakan hari terakhir dia berniaga dan ada juga yang membeli air jagung bancuhannya itu lebih daripada kebiasaan.

Mereka (pelanggan) ada minta saya bagi orang lain jaga gerai sebab senang nak datang beli nanti. Saya tak boleh buat apa sebab air minuman tu saya bancuh sendiri.

Saya ada dua pekerja, seorang jaga gerai dan seorang lagi tolong bancuh. Sebelum ni pun, yang tolong saya niaga adalah kawan kru penggambaran dan dia pun akan mula ‘shooting’ cerita sama sekali dengan saya.

Mula mengusahakan air jagung dengan nama air jagung Amirreka, Amir memaklumkan bahawa dia akan mula menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan ‘job’ pertama selepas PKP 3.0.

Ujarnya lagi, dia pasti akan merindui suasana berniaga selepas ini dan tidak menafikan kedai akan ditutup untuk tempoh yang lama jika menerima tawaran berlakon dalam masa terdekat.

Dia sebelum ini mencari rezeki menjual beberapa jenis air minuman di gerai tepi jalan miliknya yang bertempat di Prima Saujana, Kajang semenjak bulan Jun yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...