June 21st, 2019

Lumrah kerjaya sebagai seorang artis, pastinya mereka harus menjaga wajah agar  kelihatan cantik dan menarik.

Namun, buat pelakon Siti Elizad yang sudah berkahwin selama empat tahun,  mendedahkan dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun yang lalu demi mendapatkan zuriat. Menurut Elizad, potensi untuk hamil lebih tinggi sekiranya dia berhenti melakukan suntikan pada wajah.

Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan. Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar.

Sudah lama teringin untuk bergelar ibu, Elizad berharap dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Malah, dia juga sudah mula mengambil ubat kesuburan sebagai langkah awal.

Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF.

Kami doakan agar segalanya dipermudahkan buat Elizad dan suami. Jangan pernah putus asa dan terus berusaha, pastinya akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Sumber Berita : Astro Gempak


24 responses to “Berhenti Cucuk Muka Sebab Mahu Dapatkan Anak – Siti Elizad”

  1. Anonymous says:

    aku suka ejad ni belakon, lg2 klu ganding ngan si ungku ismail, chemistry superbb…. aku tunggu je dorg belakon ala2 cter “teman lelaki upahan”….hope ada next project drama cmtu….
    pasal cucuk2 tu, aku rase 80% artis mmg buat pn……cuma berani ngaku x ngaku…at least ejad ni brani ngaku….
    ni yg dah terang ubah tp still ckp teknik mekap, braces, camera & lighting…

    • fujii says:

      baru je tayang ‘aku yg kau tinggalkan’ kt tv1 .partner dgn ungku ismail. best gk la cite dia.

  2. Anonymous says:

    ala korang ni prp je pon…

  3. pol says:

    patut laa muka dia nmpk lain ms dia berlaku Teman Lelaki Upahan dgn drama dia yg terbaru ms bln puasa aritu…ikan sbb bdn dia berisi…rupanya…

  4. Anonymous says:

    Yana tu kan bilang muka ubah2, Senrose sisters siKilafairy, CheTah..dll banyak tak ngaku. At least dia terus terang mcm si Raja Illya & Izara Aisyah pun selamba je bilang walau kalau tak buat apa pun tetap cantik tapi kena kutuk..pada aku terpaksa kot for them sapa nak tengok heroine muka ketoprak, sikit pun kena juga inject vC or collagen biar putih gitew…..

  5. AK2.O says:

    Tapi elizad mengaku n xkesah pun share yang dia pernah injection..ade setengah artis seboleh2 xnak ngaku..Dulu ayat klise kate teknik solekan..zaman skrg kate nye teknik camera..Macam yana samsudin..dia cakap dia repair gigi je sebab tu effect dia sampai ke hidung leh jadi mancong…

    • laila says:

      byk lagi…erra dulu hidung kombang semangkuk…ziana zain tegang yang amat…senang ckp artis rmi la yg fake bkn ori…setakat yg muka ori aku tgk maya karin..nabila huda…kulit pun cun

    • AK2.O says:

      if nak listing kan mmg ramai artis yang repair rupa paras…tapi bior la jujur..netizen xkesah pun..bila berkalis2 dgn ayat muke peloles disebabkan air wudhuk itu yang kene kecaman netizen..Share la buat muke kat mana..coz ade netizen yang nak ikot sama repair muke…

Loading...