Written by Bella | June 21st, 2019

Lumrah kerjaya sebagai seorang artis, pastinya mereka harus menjaga wajah agar  kelihatan cantik dan menarik.

Namun, buat pelakon Siti Elizad yang sudah berkahwin selama empat tahun,  mendedahkan dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun yang lalu demi mendapatkan zuriat. Menurut Elizad, potensi untuk hamil lebih tinggi sekiranya dia berhenti melakukan suntikan pada wajah.

Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan. Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar.

Sudah lama teringin untuk bergelar ibu, Elizad berharap dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Malah, dia juga sudah mula mengambil ubat kesuburan sebagai langkah awal.

Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF.

Kami doakan agar segalanya dipermudahkan buat Elizad dan suami. Jangan pernah putus asa dan terus berusaha, pastinya akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Sumber Berita : Astro Gempak

24 responses to Berhenti Cucuk Muka Sebab Mahu Dapatkan Anak – Siti Elizad

  1. layan mpop says:

    aku ingat kpop rupa2 nye mpop…hahaha

  2. caca says:

    adoi. dah tau ada cyst, active pulak tu (ni dia ckp sendiri dkt ig), jgn la mkn produk entah apa2 sana sini, cucuk sana cucuk sini. mcm rilek je keluar masuk OT operate buang cyst. tak takut ke oiiii. tak syg nyawa eh. kalau bkn TTC pun boleh dah stop terus rasanya. muka bukan huduh pun yg nak adjust.

  3. Anonymous says:

    YA PUN SUKA TENGOK ELIZAD BELAKUN DGN UNGKU ISMAIL-SUPERB-CHEMISTRY TERBAIK-HOPE PRODUCER OR DIRECTOR PLS AMBIK JE DURANG BERDUA NI MENJADI SEPASANG KEKASIH DLM DRAMA DRAMA KALIAN,ELETUP JUGA CERITA ,TEMAN LELAKI UPAHAN AND JANGAN TINGGALKAN AKU-TERBAIM V3 AND TV1-MORE NXT PROJECT FOR THEM PLS.SEBAGAI ARTIS ENA ADA PENAMPILAN JUGA WAT I CAN SEE OK JE ELIZAD,ADYA JEBAT NI PELAKON PELAKON YG KITA SUKA,BETUL MAYA KAREN -NATURAL BEAUTY AND NABILA,I GUESS KENA BERSYUKUR APA YG ALLAH DA BAGI JANGAN LA BNYK DI UBAH SUAI.GD LUCK ELIZAD SEMOGA DPT CAHAYA MATA NANTI

  4. Aku says:

    Dia ni dulu muka memang takde market. Lepas buat muka baru menjadi. Nak tengok muka dia yang original korang tengok cite Rock filem Mamat Khalid tu. Lain weh.

  5. laila says:

    rasa bkn cucuk je..ada tu adjust tang mana2…artis rata2 la plastik

Tinggalkan Komen Anda Di Sini