“Berhenti Buat ‘Live’, Bangkit Semula Abang Ridzo” – Sharnaaz Ahmad

Hiburan

“Berhenti Buat ‘Live’, Bangkit Semula Abang Ridzo” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad tampil meluahkan rasa prihatin terhadap pempengaruh Ridzokumura yang baru sahaja kehilangan isterinya tempoh hari.

Difahamkan, Sharnaaz meminta untuk Ridzo berhenti membuat siaran langsung di media sosial selain mengambil masa sendirian bagi mengumpul semangat untuk meneruskan hidup di satu hantaran komen di media sosial pempengaruh tersebut.

Advertisement

Sangat setuju. Berhenti buat live. Bangkit semula abang. Orang yang simpati ini lebih kepada nak tahu cerita saja. Jadi abang yang saya sayang, sayang awak berdua.

Tapi tolong berhenti buat live sekejap. Kumpul semangat dan ambillah masa lama pun. Dan kembali lebih kuat.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang sama, ramai netizen tampil menyatakan persetujuan dengan kenyataan Sharnaaz itu.

Netizen juga turut simpati dengan keadaan anak Ridzo, Sky yang sering dipaparkan di media sosial meskipun sedang berduka di atas kehilangan ibu tercinta.

Menurut warga maya, adalah lebih baik Ridzo memberi ruang kepada Sky untuk bersedih secara privasi tanpa perlu menayang di media sosial secara berlebihan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie
23 hours ago

Prosedur Buat Hidung 'Gone Wrong', Zarina Anjoulie Menyesal - "Jahit Macam Tali Guni, Nanah Memancut"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...