Menerusi akaun media sosial, pempengaruh dan usahawan pizza, Jofliam berkongsi tentang keinginannya untuk menamatkan zaman duda tidak lama lagi.
Bekas suami Cik Epal itu berkongsi tentang hal tersebut ketika menjawab pertanyaan seorang individu di Instagram.
Bila nak kahwin Jo, nak makan pizza free.
Kata Jofliam, dia masih mencari calon wanita untuk menjadi suri hatinya dan memohon orang ramai untuk mendoakannya.
Tambahnya, dia tidak kisah siapa yang digosipkan dengannya dan Jofliam akui dia hanya menyimpan hasrat sahaja tetapi masih belum ada calon yang sesuai.
Target je, calon tiada lagi, Sampai sekarang saya tak confess mana-mana wanita lagi. Doa-doalah ada.
Kalau saya confess saya terus kahwin. Sekarang belum lagi confess tapi saya target Februari tapi tak tahu Februari tahun bila. Mungkin 2026, kita tak tahu.
@jofliabubakarDoakan saya 🙏🏼♬ original sound – Jofliam