Berhasrat Mahu Jadi ‘Pro Gamer’, Remaja OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

Kehidupan

Berhasrat Mahu Jadi ‘Pro Gamer’, Remaja OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila menunjukkan skill bermain Mobile Legends dengan hanya satu tangan. Muhammad Danish Danial juga memberitahu dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemain profesional sekiranya mendapat sokongan.

Dia mendedahkan di laman Twitter nya, impiannya ini tidak mendapat sokongan daripada ibu bapanya. Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk menyokongnya mencapai impiannya itu walaupun dengan kekurangan yang ada.

Advertisement

Aksi Danial bermain permainan Mobile Legends dengan mengggunakan hanya satu tangan turut menarik perhatian ramai. Tidak cukup dengan itu, orang ramai juga terkejut melihatkan rekod dan statistik permainan yang pernah dimainnya sebelum ini.

mobile legends

mobile legends

Rata-rata netizen kini memberikan sokongan padu kepada remaja ini apabila melihat kesungguhannya mahu menjadi pemain profesional. Lebih menyentuh hati, perkongsiannya ini turut membuatkan golongan OKU yang lain berkongsi pengalaman yang sama.

Diharapkan impian Danial ingin menjadi ‘pro gamer’ berjaya dicapai pada satu hari nanti. Jika dilihatkan pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang cukup baik sehinggakan mereka kini mengikuti Facebook Page Danial yang baru sahaja dibuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...