Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila menunjukkan skill bermain Mobile Legends dengan hanya satu tangan. Muhammad Danish Danial juga memberitahu dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemain profesional sekiranya mendapat sokongan.
Dia mendedahkan di laman Twitter nya, impiannya ini tidak mendapat sokongan daripada ibu bapanya. Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk menyokongnya mencapai impiannya itu walaupun dengan kekurangan yang ada.
bismillah assalamualaikum,cita cita nak jadi gamers tapi parents tak support so nak mintak tolong rt until pro player tahu yang malaysia pun ade orang oku main ML dgn satu tangan je??nnti saya letak gameplay tank saya dibawah?? pic.twitter.com/mil3b2DUky
— dd (@gutsayhello) May 29, 2020
Aksi Danial bermain permainan Mobile Legends dengan mengggunakan hanya satu tangan turut menarik perhatian ramai. Tidak cukup dengan itu, orang ramai juga terkejut melihatkan rekod dan statistik permainan yang pernah dimainnya sebelum ini.
memandangkan rmai yang mintak video how i play ml with onehand so inilah dia sorry muted sound because a bad words hehe later i will post a new one handcam?thank you guys!?? pic.twitter.com/w2IqFMJusj
— dd (@gutsayhello) May 29, 2020
Rata-rata netizen kini memberikan sokongan padu kepada remaja ini apabila melihat kesungguhannya mahu menjadi pemain profesional. Lebih menyentuh hati, perkongsiannya ini turut membuatkan golongan OKU yang lain berkongsi pengalaman yang sama.
assalamualaikum, saya #Oku (OrangKuatUsaha) fizikal tangan kiri lumpuh sebab accident tahun 2011. saya main #MLBB & #PUBGMOBILE hanya guna jari kanan sahaja. Sekarang ni saya tengah mencari player #Oku yang mempunyai kad #Oku berdaftar bawah JKM. pic.twitter.com/iErcIpESc5
— ? (@marahanmajid) May 31, 2020
Diharapkan impian Danial ingin menjadi ‘pro gamer’ berjaya dicapai pada satu hari nanti. Jika dilihatkan pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang cukup baik sehinggakan mereka kini mengikuti Facebook Page Danial yang baru sahaja dibuat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.