Anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina iaitu Athalia Buswani akui emosinya terganggu selepas menerima kritikan yang berterusan sejak menyertai program realiti, Talk To My Manager, dua minggu lalu.
Menerusi Threads, Athalia berkata dia tidaklah mengharapkan simpati dan sedar dirinya tidak layak untuk menyanyi di atas pentas pertandingan namun hanya mahukan usahanya dihargai.
Saya sudah cuba tingkatkan prestasi saya sejak minggu pertama lagi tapi tiada langsung penghargaan atau pujian. Perkara ni buat saya mula persoalkan nilai diri saya dan secara mental memang sangat membebankan. Industri ini memang tidak pernah adil.
View on Threads
Dalam pada itu, ketika ditemu bual selepas konsert minggu kedua, Ahad lalu gadis berusia 22 tahun tersebut berkata dia menghargai semua feedback untuk dia memperbaiki dirinya.
Tapi Athalia macam ingin juga kalau at least ada satu komen yang baik. Sebab saya betul-betul dah cuba yang terbaik.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.