Penyanyi Ainan Tasneem difahamkan akan melahirkan sepasang anak kembar pada minggu hadapan dan dia mengakui kini sudah tidak larat untuk membawa perut berikutan sering saja mengalami sakit belakang dan pinggang.
Menurut Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, dia juga mengalami masalah sukar tidur kerana keadaan perut yang semakin membesar. Malah, kakinya turut mengigil jika berdiri terlalu lama.
View this post on Instagram
Dia berkongsikan mengenai pengalamannya hamil anak kembar menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Sebenarnya memang tak larat dah nak bawa perut. Sakit pinggang, sakit belakang, waktu tidur pun lenguh-lenguh badan padahal tak ada buat apa-apa aktiviti pun. Kalau tukar posisi waktu tidur lagi la SubhanaAllah. Sakit ya amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pun tak boleh lama sangat kalau tak memang mengigil kaki..”
Meninjau ruangan komen, peminat rata-rata tampil mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Ainan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut berharap agar dapat melahirkan secara normal jika tiada sebarang komplikasi. Doktor juga khabarnya memberi masa sehingga kandungan mencecah 37 minggu saja untuk bersalin disebabkan keadaan bayi kembar.
Dijangka bersalin pada minggu hadapan, Ainan dan suami, Mohamad Arifuddin serta anak sulung mereka Ainan Salsabiela yang kini berusia 2 tahun mengakui sangat teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kecil mereka, bukan satu tetapi dua orang sekaligus.
Semoga dipermudahkan urusan Ainan Tasneem nanti!