Kerap kali kita semua akan terfikir bahawa wanita yang memilih pekerjaan sebagai seorang anggota polis mempunyai perwatakan yang ganas dan fizikal yang iras-iras kaum lelaki kerana pekerjaan mereka.
Tetapi berbeza pula dengan seorang wanita yang tular di media sosial baru-baru ini apabila beliau telah mencuri tumpuan semua netizen dengan kecantikan yang dimiliki sebagai seorang anggota polis United Nations.
Apa yang menariknya, wanita berhijab ini berasal dari Indonesia dan mempunyai raut wajah yang cukup cantik sekali!
Wanita yang bernama Hikma Nursya berusia 25 tahun, dan berasal dari Jogjakarta kini bertugas di bawah United Nations yang berkapalan di Bangui, Afrika.
Hikma dikenali ramai kerana mempunyai seramai 65 ribu pengikut di laman Instagram dan sering berkongsikan gambar ketika bertugas.
Mahir menggunakan senapang
Jangan main-main dengan dia, Hikma berkemahiran menggunakan senjata api. Beliau turut berkongsikan video dimana beliau sedang menjalani latihan penggunaan senjata api di Instagramnya.
Cantik berhijab, namun tangkas di medan perang
Rata-rata netizen memuji kecantikan dan keberanianya memilih kerjaya sebagai anggota keselamatan yang menjaga keamanan yang kebiasaanya didominasi oleh kaum lelaki.
Wah, salute dengan beliau! Adakah beliau zaujah yang dicari-cari selama ini?
Sumber: Instagram