Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Genting Highlands, Abang Nara sekeluarga bersama beberapa orang rakan blogger telah tiba ke salah satu destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia ini pada hujung minggu yang lalu. Cuaca yang sejuk menyambut ketibaan kami. Tujuan utama kehadiran kami kali ini tak lain tak bukan untuk merasai sendiri tarikan terbaru Genting Highlands iaitu Ice Age Adventure.
Baru dibuka pada 1 September 2014 yang lalu, Ice Age Adventure memang tempat terbaik untuk mereka yang bekeluarga terutamanya yang ada anak kecil berusia 3 tahun ke atas. Kalau anak anda minat kartun (terutamanya kartun Ice Age), memang wajib anda bawa mereka ke merasai keseronokan di Ice Age Adventure ini. Tiket berharga RM20 seorang (kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma) memang terasa sangat berbaloi. Ada 3 zon utama kesemuanya di Ice Age Adventure ini iaitu Ice Age Theatre, Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet.
Masuk sahaja ke Ice Age Adventure kitorang terus ke zon pertama iaitu Ice Age Theatre. Seronok anak Abang Nara melihat video klip kartun yang menunjukkan aksi Scrat mengejar buah walnut kegemarannya. Ala kalau korang tengok kartun Ice Age mesti korang tahu punya. Pastikan anak korang tengok dengan teliti sebab akan ada kuiz. Kalau jawab kuiz dengan betul boleh dapat hadiah. Hehehe.
Selesai menonton di Ice Age Theatre, Abang Nara sekeluarga terus ke Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet pulak. Yang ini serius seronok sangat-sangat. Banyak gambar yang boleh dirakamkan bersama anak tercinta. Macam-macam aksi boleh buat. Di Ice Age Meet-and-Greet ada maskot-maskot daripada kartun Ice Age seperti Sid, Carlos dan Scrat. Comel sangat-sangat. Cuba korang tengok aksi kitoarang.

nie kat luar sebelum masuk. Hehehe

ok papa, Aariz dah ready. Jom kita masuk

sini boleh main cak-cak nie, kata Aariz

jom papa kita pergi ambik gambar kat tempat lain, kata Aariz

nak jugak pegang bola si Aariz nie

besar juga kapal nie papa kan? Tanya Aariz dengan muka selamba

alamak tak lepas pula Aariz baling bola nie. Help me papa

Aariz kecik lagi so takut ngan maskot. Hahaha

anak taknak bergambar biar mak bapak je yang posing

yeahhhh. Dah habis main kat dalam kita mewarna pulak kat luar
Seriusly Abang Nara sekeluarga dan kawan-kawan blogger yang lain memang amat berpuas hati, bergembira dan berseronok sepanjang berada di Ice Age Adventure di Genting Highlands ini. Memang puas hati tengok aksi anak masing-masing. Paling penting dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak dan mak ayah. Bukan selalu nak buat aktiviti macam nie kan?
Hujung minggu ini kalau ada masa terluang, apa kata pandu kereta anda ke Genting Highlands dan nikmaati sendiri keseronokan di Ice Age Adventure bersama keluarga tercinta. Abang nara berani jamin korang pasti akan enjoy sangat-sangat. Maklumat lanjut layari www.rwgenting.com.