Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bergelar Usahawan Berjaya, Shuib Sepahtu Elak Digoda Wanita ‘Gold Digger’

Shuib Elak Digoda Wanita ‘Gold Digger’

Mendedahkan seboleh-bolehnya cuba mengelakkan diri dari terjerumus dengan wanita yang suka mempergunakan lelaki kaya sebagai lubuk emas, usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu akui sedar akan kewujudan golongan wanita yang gemar mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dan enggan terpalit dengan kontroversi yang boleh memusnahkan rumah tangga.

Shuib Elak Digoda Wanita ‘Gold Digger’

Advertisement

“Saya memang cuba elakkan diri supaya tak menerima dugaan begitu. Tapi kalau nak cerita pasal dugaan ini bukan orang jahat je kena, orang baik pun boleh diuji. Apa-apa pun semua bergantung pada kita macam mana nak menahan.”

Menurutnya, beliau kini dilihat semakin bijak mengambil pendekatan untuk mengelakkan diri daripad membaca mesej peribadi yang diterima di media sosial miliknya.

Shuib Elak Digoda Wanita ‘Gold Digger’

Hal ini demikian kerana, kebanyakan golongan ‘kaki kikis’ kini dikhabarkan semakin aktif menggunakan media sosial untuk mencari mangsa.

“Kita pun dah biasa tengok video dan prank macam mana mereka ambil kesempatan terhadap orang kaya, kalau kita dah tahu jadi lebih baik elakkan daripada terjebak.”

Advertisement

Shuib bagaimanapun tetap berpegang teguh pada pesanan ibunya supaya tidak alpa dan leka dengan kekayaan dunia meskipun beliau akui bukanlah seorang lelaki yang sempurna.

Shuib Elak Digoda Wanita ‘Gold Digger’

“Dari situ saya sedar kalau saya salah langkah, saya akan hilang orang yang saya sayang kerana apa yang saya miliki ini hasil doa mereka.”

Untuk rekod, Shuib merupakan antara barisan selebriti tempatan yang kian berjaya dalam dunia perniagaan. Sehingga kini gaya hidup mewah yang sering dipamerkan Shuib di media sosialnya sering mendapat perhatian netizen khususnya pengikut di laman Instagram.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama