Pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof masih lagi tidak terlepas dengan kecaman daripada warganet walaupun hanya berkongsi satu swafoto.
Menerusi hantaran terbaru Syamsul di akaun Instagram miliknya, dapat dilihat pelakon dan pengarah itu mengambil swafoto cermin dengan pakaian serba hitam dan rambut panjang yang nampak bergaya.
Penampilannya itu turut disamakan dengan karakter John Wick iaitu lakonan pelakon hebat Hollywood, Keanu Reeves.
Walau bagaimanapun, menerusi Facebook sebuah portal hiburan, foto tersebut rata-ratanya mendapat reaksi negatif oleh segelintir wargamaya yang membandingkan perilaku Syamsul dengan pelakon Hollywood berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan pelakon itu mengubah penampilan kerana kedatangan ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.
Untuk info, isu hubungan antara Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah sebelum ini hangat diperkatakan apabila rumah tangga mereka didakwa goyah setelah kedatangan orang ketiga.