Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bergaya Dalam Tema Hitam Dan Elegan, Fathia Latiff Sambut Hari Jadi Yang Ke-33 Tahun

Baru-baru ini di laman sosial Instagram, pelakon berbakat Fathia Latiff telah memuat naik foto-foto sekitar majlis keraian hari lahirnya yang ke-33 tahun buat tatapan peminat.


Fathia Latiff atau nama sebenarnya Nur Fathia Binti Abdul Latiff  telah menyambut hari jadi yang ke-33 yang jatuh pada tanggal 1 September bersama dengan teman-teman rapatnya.

Advertisement

Meskipun sambutan serba ringkas bertemakan warna hitam namun ianya tetap kelihatan elegan dan eksklusif. Fathia dikatakan membawa tema ‘glittery night’ dan ‘starry night in the city‘ berdasarkan tanda pagar dalam setiap foto yang dikongsinya.

View this post on Instagram

Dina & Tiya’s bday! Makeup: @eshalbeautehq Deco: @fahrenheit69 Venue: Heli Lounge, KL. Photographer: @niezamzaini #dntbday #glitterynight #starrynightinthecity

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

View this post on Instagram

Dina & Tiya’s bday! Makeup: @eshalbeautehq Deco: @fahrenheit69 Venue: Heli Lounge, KL. Photographer: @niezamzaini #dntbday #glitteryblack #starrynightinthecity

Advertisement

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Pelakon drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa ini telah berkongsi momen indah itu di laman instagram peribadi miliknya. Ketika meninjau ruangan komen, peminat serta pengikut Fathia rata-rata mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan supaya aktres ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sekadar info, Fathia Latiff dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang, hasil perkongsian hidup Abdul Latiff Bin Tahir dan pasangan, Badriyah Binte Hassan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. beauty girl

    September 1, 2020 at 4:09 pm

    alhamdulillah.. moge trus istiqamah ye fathia.. past is past. aku sbg girls out there sokong ko mjdi lbh baik. ok.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top